AGENDAJENAYAH

Lelaki disyaki culik kanak-kanak perempuan ditahan semula selepas bebas jaminan polis

JOHOR BAHRU, 4 OGOS: Polis hari ini menahan semula suspek lelaki yang disyaki menculik kanak-kanak berusia enam tahun Albertine Leo Jia Hui di kawasan Eco Galleria, Iskandar Puteri pada 20 Julai lalu.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata ia susulan penemuan pelbagai alat mainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di kediaman suspek di Kulai.

Beliau berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata suspek yang ditangkap bersama mangsa di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor pada 23 Julai lalu akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Terdahulu, tempoh reman lelaki berusia 31 tahun itu yang keseluruhannya selama 13 hari bagi siasatan kes penculikan tamat hari ini dan dia dibebaskan dengan jaminan polis sebelum ditahan semula.

– BERNAMA


Pengarang :