Alunan berzanji dan selawat oleh kumpulan nasyid Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah Masjid Negeri, Shah Alam pada 28 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Sertai festival berzanji dan marhaban, peluang bawa pulang RM15,000

SHAH ALAM, 6 OGOS: Hadiah keseluruhan RM15,000 menanti peserta Festival Al-Barzanji dan Marhaban sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri, Oktober depan.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memaklumkan program berkenaan terbuka kepada 30 kumpulan lelaki berumur 15 tahun ke atas dan pemaustatin Selangor.

“Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menganjurkan festival berkenaan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor pada 4 dan 5 Oktober di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam,” katanya menerusi Facebook.

Menurut Jais, johan bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000, naib johan (RM5,000) dan tempat ketiga (RM3,000).

Tambahnya, borang penyertaan boleh diperoleh menerusi imbasan kod QR yang tertera di poster dan borang permohonan lengkap perlu dihantar sebelum 30 Ogos ini.

Untuk maklumat lanjut hubungi Unit Pembangunan Ibadah Jais 03-5523 8006 atau 011-2626 5021 (Ustazah Raja Farhani).


Pengarang :