AGENDAJENAYAH

Polis tahan pempengaruh wanita disyaki pecah rumah bekas suami

KOTA BHARU, 6 OGOS: Polis menahan seorang pempengaruh wanita tempatan kerana disyaki terlibat kes pecah rumah di Kota Bharu semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata kejadian berkenaan berlaku pada 11.30 malam, 22 Julai lepas.

Beliau berkata polis menerima satu laporan berhubung kejadian pecah rumah pada 9.47 malam, 4 Ogos lepas daripada bekas suami suspek berkenaan.

“Pengadu menyedari rumahnya dipecah masuk semasa pulang dan mendapati terdapat kesan umpil pada jeriji keselamatan dan pintu cermin hadapan rumah.

“Suspek juga mengaku telah masuk ke dalam rumah pengadu semasa ketiadaannya dan siasatan awal polis mendapati suspek merupakan bekas isteri kepada pengadu terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rosdi berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan suspek kini direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama enam hari bermula hari ini sehingga 11 Ogos depan bagi siasatan lanjut dan mengesan barangan milik pengadu yang hilang.

Kes ini masih di peringkat siasatan dan polis meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu siasatan, katanya.

– BERNAMA


Pengarang :