AGENDAJENAYAH

Polis tahan lelaki serang bekas teman wanita guna pisau

BUTTERWORTH, 7 OGOS: Polis menahan seorang lelaki dipercayai menyerang bekas teman wanitanya dengan pisau di sebuah pasar raya di Bagan Ajam di sini pada Ahad lepas yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abdul Rahman berkata dalam kejadian pada 8.45 malam itu, mangsa mengalami kecederaan pada jari kelingking kanan semasa bergelut.

“Suspek berjaya ditangkap oleh orang ramai yang berada di lokasi sebelum anggota polis menahan lelaki berusia lingkungan 30-an itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi satu minit 14 saat yang memaparkan seorang lelaki bersenjatakan pisau mengacukannya ke arah seorang wanita, manakala orang ramai yang berada di situ cuba menenangkan sebelum berjaya menahannya.

– BERNAMA


Pengarang :