EXCO Belia Najwan Halimi (enam, kiri) menghadiri upacara pembukaan Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) Siri 3/2024 Rejimen 502 Askar Wataniah di Kem Sungai Buloh pada 8 Ogos 2024. Foto Facebook Najwan Halimi
EXCOSELANGOR

Anak muda digalak sertai Askar Wataniah, pupuk disiplin, perkukuh jati diri

SHAH ALAM, 8 OGOS: Golongan muda digalak sertai pasukan Askar Wataniah yang membantu memupuk disiplin serta membina ketahanan mental dan fizikal.

EXCO Belia Najwan Halimi selain itu berkata melalui kursus dan latihan yang disediakan anggota Askar Wataniah juga berpeluang menimba ilmu ketenteraan serta memperkukuh jati diri.

“Alhamdulillah, saya bangga melihat penglibatan ramai anak muda dari pelbagai latar belakang dalam kursus ini yang pernah saya sertai pada tahun 2015.

“Saya amat menggalakkan penyertaan golongan muda di dalam pasukan Askar Wataniah ini,” katanya menerusi X.

Beliau sebelum itu menghadiri upacara pembukaan Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) Siri 3/2024 Rejimen 502 Askar Wataniah di Kem Sungai Buloh hari ini.

EXCO Belia Najwan Halimi menghadiri upacara pembukaan Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) Siri 3/2024 Rejimen 502 Askar Wataniah di Kem Sungai Buloh pada 8 Ogos 2024. Foto Facebook Najwan Halimi
EXCO Belia Najwan Halimi melakukan tekan tubi ketika menghadiri upacara pembukaan Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) Siri 3/2024 Rejimen 502 Askar Wataniah di Kem Sungai Buloh pada 8 Ogos 2024. Foto Facebook Najwan Halimi

Pengarang :