Potret rasmi terbaharu DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin akan mula diedar kepada umum bermula Isnin, 19 Ogos 2024. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENSISELANGOR

Istana Selangor persembah potret rasmi Tengku Permaisuri

SHAH ALAM, 9 OGOS: Istana Selangor mempersembahkan potret rasmi terbaharu Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Potret terbaharu Tengku Permaisuri Norashikin itu mula diedar kepada umum bermula pada 19 Ogos depan.

Menurut Facebook Selangor Royal Officer cetakan pertama boleh diperoleh secara percuma di Bahagian Korporat, Lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) Shah Alam.

Sementara itu, bagi jabatan-jabatan dan agensi kerajaan negeri boleh mendapatkannya di Unit Pentadbiran Am Bahagian Khidmat Pengurusan Tingkat 18, Bangunan SSAAS.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh hubungi talian 03-5544 7069 atau emel ke [email protected]; [email protected]; [email protected]; [email protected]

 


Pengarang :