Pejabat Jais yang terletak dalam Kompleks Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Jais anjur pertandingan cerpen, video kreatif, tawar hadiah RM11,000

SHAH ALAM, 9 OGOS: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menganjurkan pertandingan penulisan cerpen keinsafan dan video kreatif yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM11,100.

Pertandingan tersebut melibatkan penulisan cerpen bertema kesalahan jenayah syariah dan dua kategori penghasilan video kreatif bertema jenayah kekeluargaan dan jenayah syariah.

Setiap kategori menawarkan hadiah keseluruhan RM3,700 iaitu tempat pertama (RM1,000), kedua (RM700), ketiga (RM500) dan lima sagu hati RM300 setiap satu selain sijil penghargaan.

“Pertandingan penulisan cerpen terbuka kepada warganegara berumur 13 tahun ke atas, menulis dalam bahasa Melayu dan hasil karya sendiri.

“Semua penulisan cerpen dan video pendek tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti kaum, agama, institusi raja dan politik,” menurut kenyataan Jais di Facebook pada 9 Ogos.

Tarikh tutup penyertaan kedua-dua kategori tersebut pada 31 Ogos. Semak syarat lain melalui pautan ini  untuk cerpen manakala video kreatif pula di sini dan ini.

 


Pengarang :