Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Shahman Jalaludin merasmikan Kelab Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Mercure Hotel Selayang, Gombak pada 8 Ogos 2024. Foto Facebook Kelab Ahli Majlis, Majlis Perbandaraan Selayang
PBTSELANGOR

Kelab ahli majlis MPS landasan gerak kerja amal, bantu ringankan beban 

Oleh Dewi Abdul Rahman

GOMBAK, 9 OGOS: Penubuhan Kelab Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menjadi landasan menggerakkan kerja amal dan program berteraskan kesihatan.

Setiausaha kelabnya berkata pelbagai program dijalankan sejak kelab berkenaan ditubuhkan pada Januari lalu antaranya termasuklah ziarah medik dan sumbangan barangan asas kepada penduduk.

“Setakat ini, kelab yang dianggotai oleh 23 ahli ini sempat menganjurkan program kesihatan selain menggerakkan aktiviti riadah.

“Selain itu, kami juga menyerahkan bantuan kesihatan kepada ahli kelab bagi meringankan beban kos perubatan,” Anmuniandy Vellymalai ketika dihubungi.

Semalam, Yang Dipertua MPS Shahman Jalaludin merasmikan Kelab Ahli Majlis MPS di sebuah hotel di Selayang, di sini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Shahman Jalaludin menyerahkan cek cura sumbangan Pendidikan kepada pelajar cemerlang sempena majlis perasmian Kelab Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Mercure Hotel Selayang, Gombak pada 8 Ogos 2024. Foto Facebook Kelab Ahli Majlis, Majlis Perbandaraan Selayang

Pada majlis itu, dua pelajar cemerlang yang merupakan anak ahli majlis Zon 14 dan 10 turut dirai dan mendapat hadiah penghargaan daripada kelab.

Turut hadir, wakil rakyat Rawang Chua Wei Keat, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Dato’ Mohd Yazid Sairi dan Timbalan Yang Dipertua MPS, Adi Faizal Ahmad Tarmizi.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Shahman Jalaludin (duduk, tengah) bergambar bersama ahli Kelab Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) selepas majlis perasmian kelab berkenaan di Mercure Hotel Selayang, Gombak pada 8 Ogos 2024. Foto Facebook Kelab Ahli Majlis, Majlis Perbandaraan Selayang

 


Pengarang :