Pelumba basikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom terlibat dalam perlanggaran ketika beraksi acara akhir keirin Sukan Olimpik Paris 2024 di Saint-Quentin-en Yvelines National Velodrome pada 11 Ogos 2024. Foto BERNAMA
AGENDASUKANKINI

Shah Firdaus hampir raih gangsa sebelum terlibat kemalangan acara keirin

SHAH ALAM, 11 OGOS: Atlet berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom hampir meraih pingat sebelum terlibat kemalangan peringkat akhir acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024.

Shah Firdaus dilihat berpeluang untuk sekurang-kurangnya meraih gangsa sebelum dirempuh pelumba Jepun Shinji Nakano pada pusingan terakhir.

Pingat emas dimenangi pelumba Belanda Harrie Lavreysen. Pingat perak milik pelumba Australia Matthew Richardson manakala rakan senegaranya Matthew Glaetzer mendapat gangsa.

Keputusan rasmi menyaksikan Shah Firdaus diturunkan kedudukan nombor enam. Shinji Nakano dan pelumba Great Britain Jack Carlin yang turut terlibat pelanggaran diklasifikasikan sebagai tidak menamatkan perlumbaan.

Pengarang :