Orang ramai mengunjungi Karnival Kerjaya Jelajah Jobcare Selangor 2024 di Menara BAC, Petaling Jaya pada 17 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Hampir 300 individu diterima kerja serta merta di tiga karnival kerjaya

SHAH ALAM, 12 OGOS: Seramai 276 inividu diterima bekerja serta merta menerusi tiga siri jelajah JobCare Selangor yang bermula sejak Jun lalu.

Pegawai operasi Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor berkata jelajah di daerah Petaling mencatat jumlah tertinggi dengan 153 individu diterima bekerja.

“Sementara jelajah JobCare di Hulu Selangor pula seramai 91 individu diterima kerja dan di Kuala Langat seramai 32 individu terpilih.

“Menerusi tiga siri jelajah ini juga, hampir 800 calon bakal dipanggil untuk sesi temuduga kedua. Setakat ini, sambutan diterima amat menggalakkan,” kata B. Anbarasu ketika dihubungi.

Beliau turut mempelawa pencari kerja untuk hadir ke siri jelajah JobCare di daerah Hulu Langat di Dewan Perbandaran MPAJ pada 17 Ogos ini,

“Pencari kerja yang berminat boleh datang membawa resume masing-masing bermula jam 9 pagi hingga 4 petang,” katanya.

EXCO Sumber Manusia V Papparaidu (tengah etika mengunjungi Karnival Kerjaya Jelajah Jobcare Selangor 2024 di Menara BAC, Petaling Jaya pada 17 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Sebelum ini, EXCO Sumber Manusia V Papparaidu memaklumkan kira-kira 35,000 peluang pekerjaan ditawarkan dalam Jelajah JobCare Selangor di sembilan daerah.

Setakat ini, jelajah ini sudah berlangsung Hulu Selangor pada 29 Jun, Petaling Jaya (17 Julai) dan di Kuala Langat (10 Ogos).

Jelajah sama dijadual berlangsung Dewan Perbandaran MPAJ, Hulu Langat (17 Ogos), Dewan Beringin Taman Seri Gombak (21 September), Dewan Hamzah Klang (5 Oktober) dan Dewan Dato’ Penggawa Permatang, Kuala Selangor (19 Oktober).

Seterusnya di Dewan Komuniti Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang (16 November) dan Dewan Tun Razak, Sabak Bernam (14 Disember).


Pengarang :