Pemain golf wanita profesional negara Ashley Lau membawa Jalur Gemilang memasuki Stade de France dan mengetuai kontinjen Malaysia seramai 10 ahli termasuk timbalan ketua kontinjen Datuk Nicol David, atlet terjun Nur Dhabitah Sabri serta Bertrand Rhodict Lises pada 12 Ogos 2024. Foto Facebook BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kerangka baharu tingkat prestasi sukan akan disiapkan – PM

KUALA LUMPUR, 12 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan menyiapkan satu kerangka baharu untuk meningkatkan prestasi sukan negara.

Beliau berkata ia sebagai usaha kementerian dan atlet bagi meningkatkan pencapaian.

“Saya nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan, anak-anak yang terlibat dalam Sukan Olimpik kerana kita telah berusaha sebaik mungkin. Kita terima baik (segala) keputusan.

“Insya-Allah kita akan siapkan beberapa kerangka baharu meningkatkan prestasi sukan dan olahraga negara. Jadi harus kita tumpu ke hadapan, tetapi sementara itu janganlah kita mengeluh kerana anak-anak dan olahragawan itu telah berusaha sedaya upaya mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Malaysia mengakhiri kempen Sukan Olimpik Paris 2024 dengan meraih dua gangsa menerusi badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia dan beregu badminton negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

– BERNAMA

 


Pengarang :