Situasi banjir yang melanda Lubok China pada 12 Ogos 2024. Antara kawasan terjejas akibat banjir di daerah Alor Gajah, Melaka adalah Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan China Besar, Kampung Bukit Apit, Kampung, Ayer Limau, Kampung Sungai Jernih, Kampung Lekok, Kampung Paya Rumput, Kampung Lubok China, ⁠Taman Masjid Tanah Ria, Taman Bandar Baru Masjid Tanah, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Brisu. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

418 mangsa banjir Alor Gajah ditempatkan di enam PPS takat 4 petang

MELAKA, 12 OGOS: Keadaan banjir di Alor Gajah tidak banyak berubah dengan jumlah keluarga terjejas kini 418 mangsa daripada 127 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 418 mangsa (123 keluarga) pada 12 tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata kesemua mangsa berkenaan, ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) sekitar daerah itu dengan Balai Raya Seri Jeram baharu dibuka 12 tengah hari tadi.

Beliau berkata lima lagi PPS ialah di Balai Raya Paya Lebar, Balai Raya Ayer Paabas, Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Kuala Linggi, Dewan Japerun Ayer Limau dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Ar-Rasyidin.

“61 mangsa melibatkan 13 keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Paya Lebar, manakala di Balai Raya Ayer Paabas menempatkan 14 mangsa daripada sembilan keluarga.

“Japerun Kuala Linggi (127 mangsa, 31 keluarga) dan Dewan Japerun Ayer Limau (43 orang, 11 keluarga),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kamarulsyah berkata 163 mangsa daripada 59 keluarga pula ditempatkan di SRA JAIM Ar-Rasyidin dan Balai Raya Seri Jeram (10 mangsa, empat keluarga).

Beliau berkata antara kawasan terjejas ialah Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan China Besar, Kampung Bukit Apit, Kampung Ayer Limau, Kampung
Sungai Jernih, Kampung Lekok, Kampung Paya Rumput, Kampung Lubok China, ⁠Taman Masjid Tanah Ria, Taman Bandar Baru Masjid Tanah, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Brisu.

Selain itu, Taman Awan Biru, Taman Seri Bayu 2 dan 3, Taman Seri Aman, Kampung Belimbing Dalam, Kampung Solok Ayer Limau, Kampung Seri Jeram, Kampung Ladang, Kampung Keramat Lebai dan Panchor.

– BERNAMA


Pengarang :