Datuk Bandar Klang Datin Paduka Noraini Roslan bersama media yang menyertai program Meneroka Warisan Sejarah klang oleh Tourism Selangor di sekitar Klang pada 13 Ogos 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Klang miliki lokasi sejarah, unik, tarikan pelancong sempena TMS2025

KLANG, 13 OGOS: Bandar Diraja Klang berpotensi menjadi destinasi pelancongan utama negeri sempena Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025) berikutan memiliki pelbagai kisah sejarah menarik.

Pemangku Pengurus Pembangunan Produk dan Pakej Tourism Selangor, S Renuga Devi berkata kebanyakan bangunan di Klang berusia lebih 100 tahun sekali gus menjadikannya antara bandar tertua di Malaysia.

“Sejarah Klang yang pelbagai merupakan tarikan keistimewaan Klang itu sendiri. Ini kerana banyak bangunan di bandar ini sudah berumur lebih 100 tahun.

Pemangku Pengurus Pembangunan Produk dan Pakej Tourism Selangor, S Renuga Devi ketika ditemui dalam program Meneroka Warisan Sejarah Klang oleh Tourism Selangor bersama media di Klang pada 13 Ogos 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

“Sebenarnya banyak boleh diteroka di Klang. Kami sasarkan kehadiran ramai pelancong antarabangsa dan tempatan dan kita mahu memperkenalkan sejarah Klang kepada dunia,” katanya.

Terdahulu, beliau mengetuai program Meneroka Warisan Sejarah Klang bersama 50 pengamal media bermula di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz di sini hari ini.

Program berjalan kaki ke 11 lokasi yang memiliki nilai sejarah itu disempurnakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) Datin Paduka Noraini Roslan.

Sementara itu, Noraini berkata program anjuran MBDK itu merupakan inisiatif pihaknya bagi menpromosi produk pelancongan di Klang sebagai langkah awal menyokong Tahun Melawat Selangor 2025.

“Bandar Klang merupakan antara bandar tertua di Malaysia, mempunyai banyak monumen sejarah serta tempat menarik dan unik yang berpotensi sebagai tarikan pelancongan.

“Pelancongan berteraskan warisan, budaya, gastronomi eko pelancongan, membeli-belah dan maritim adalah antara kategori pelancongan popular di Klang,” katanya.

Program Meneroka Warisan Sejarah Klang merupakan aktiviti berjalan kaki bersama pemandu pelancong terlatih bagi menyelusuri 11 perhentian bersejarah yang ditawarkan secara percuma kepada pelancong.

Antara lokasi terlibat adalah Chennai Silk, Kelab Diraja Klang, Istana Alam Shah, Masjid India, Balai Bomba Klang, Jalan Tengku Kelana, gereja dan Sekolah Kebangsaan Convent Klang.

Lawatan ke muzium di Balai Bomba Klang ketika program Meneroka Warisan Sejarah Klang oleh Tourism Selangor bersama media di Klang pada 13 Ogos 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

 

Media dibawa melawat Chennai Silk ketika program Meneroka Warisan Sejarah Klang oleh Tourism Selangor bersama media di Klang pada 13 Ogos 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

 

Bangunan Kelab Diraja Klang turut dilawati ketika program Meneroka Warisan Sejarah Klang oleh Tourism Selangor bersama media di Klang pada 13 Ogos 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

 

Datuk Bandar Klang Datin Paduka Noraini Roslan mengikat bunga Melor ketika program Meneroka Warisan Sejarah Klang oleh Tourism Selangor bersama media di Klang pada 13 Ogos 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Pengarang :