Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim ketika Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Wisma MBSA pada 7 Ogos 2024. Foto Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam
PBTSELANGOR

MBSA lancar kempen kibar Jalur Gemilang, simbol cintakan negara

SHAH ALAM, 14 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melancarkan kempen kibar Jalur Gemilang bagi membangkitkan semangat cintakan negara sempena Bulan Kebangsaan.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata program itu menyeru semua pihak bersama-sama mengibar bendera Malaysia di kenderaan, rumah, premis dan bangunan di sekitar Shah Alam.

“Pihak MBSA elah menyerahkan bendera Jalur Gemilang kepada ahli majlis MBSA dan 16 agensi daripada sekitar Shah Alam sebagai simbolik kempen kibar Jalur Gemilang ini.

“Kempen ini disempurnakan oleh Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim bersama ahli-majlis dan pengurusan tertinggi MBSA,” maklum MBSA menerusi kenyataan.

Sempena majlis itu, MBSA turut memasang bendera Jalur Gemilang di 38 kenderaan miliknya termasuk agensi kerajaan yang lain.

“Antara agensi terlibat Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Tourism Selangor serta Universiti Pengurusan dan Sains (MSU).

“Pemasangan bendera pada kenderaan jenis kereta peronda, pacuan empat roda, lori , van, bas, jengkaut dan sebagainya,” ujarnya.

Pengarang :