Foto Facebook BERNAMA
AGENDANASIONAL

Pencen pesara naik Disember, veteran tentera tidak berpencen dapat RM500 sebulan

SHAH ALAM, 16 OGOS: Pesara juga bakal menikmati kenaikan pencen mulai Disember ini selaras dengan pengumuman kadar gaji baharu penjawat awam hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelarasan kadar pencen dibuat berdasarkan gaji akhir pesara.

“Tidak dilupakan akan pengorbanan dan khidmat bakti anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Bagi Veteran ATM Tidak Berpencen, Bantuan Sara Hidup (BSH) akan ditambah daripada RM300 kepada RM500 sebulan bagi yang layak.

“Pertimbangan ini dibuat bagi membantu meringankan beban kos sara hidup veteran ATM yang terlibat,” katanya.

Beliau berharap sektor swasta terutama syarikat yang mencatatkan keuntungan tinggi dapat mencontohi langkah kerajaan sebagai simbolik menghargai produktiviti dan pengorbanan tenaga pekerja masing-masing.

 


Pengarang :