Pemohon menghadiri proses temu duga sempena Karnival Kerjaya Jelajah Jobcare Selangor 2024 di Menara BAC, Petaling Jaya pada 17 JULAI 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Selangor anjur karnival kerjaya esok, tawar lebih 4,000 peluang pelbagai sektor

SHAH ALAM, 16 OKT: Lebih 4,000 kekosongan jawatan ditawarkan sempena Karnival Jelajah Jobcare 2024 peringkat daerah Hulu Langat, esok.

EXCO Sumber Manusia V Papparaidu berkata program berlangsung di Dewan Perbandaran Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah bermula 9 pagi hingga 4 petang.

“Terbuka kepada semua pencari kerja. Antara aktiviti yang akan dijalankan termasuk temuduga terbuka, kaunseling kerjaya, pameran agensi, jualan usahawan dan saringan kesihatan percuma.

“Calon perlu membawa resume dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa hari temuduga nanti,” katanya di Facebook.

Menurut Papparaidu calon yang berminat boleh mengisi borang pendaftaran di pautan https://bit.ly/JOBCAREHULULANGAT2024 bagi pemakluman awal pengesahan kehadiran.

Sebelum ini Papparaidu berkata kira-kira 35,000 peluang pekerjaan ditawarkan dalam Jelajah JobCare Selangor berlangsung di sembilan daerah.

Tiga siri jelajah selesai diadakan di Hulu Selangor pada 29 Jun, Petaling Jaya (17 Julai) dan Kuala Langat (10 Ogos).

Program akan diteruskan di Dewan Beringin Taman Seri Gombak (21 September), Dewan Hamzah Klang (5 Oktober), Dewan Dato’ Penggawa Permatang, Kuala Selangor (19 Oktober).

Daerah lain, Dewan Komuniti Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang (16 November) dan Dewan Tun Razak, Sabak Bernam (14 Disember).

 

 

 


Pengarang :