Ahli Dewan Negeri Bandar Baru Klang Dr Quah Perng Fei meninjau taman reakreasi Taman Bukit Raja pada 7 Ogos 2024. Foto Facebook Dr Quah Perng Fei
ADNSELANGOR

ADN manfaat dana Projek Selangor Penyayang tambah baik empat taman rekreasi

SHAH ALAM, 15 OGOS: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baru Klang memanfaatkan dana Projek Selangor Penyayang (PSP) bagi meningkatkan kemudahan di empat taman rekreasi.

Wakil rakyatnya Dr Quah Perng Fei berkata kerja penambahbaikan menggunakan peruntukan RM250,000 daripada Kerajaan Negeri itu membabitkan Taman Berkeley, Taman Seri Pekan dan Bukit Raja.

“Peruntukan ini antara lainnya digunakan untuk menambah baik trek joging di Jalan Sumazau, Bukit Raja dan Taman Bukit Raja.

“Kita juga akan menyediakan kerusi batu untuk kemudahan orang beriadah di Taman Bukit Raja dan menambah baik gelanggang bola keranjang di Taman Seri Pekan,” katanya di Facebook.

Dr Quah turut meminta orang ramai menjaga kemudahan yang disediakan dan elakkan melakukan pembakaran terbuka di taman reakreasi.

Tahun lalu, ketika membentang Belanjawan 2024, Dato’ Menteri Besar memaklumkan RM24 juta diperuntuk bagi meningkatkan kualiti fasiliti awam dan membina prasarana baharu.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata RM10 juta diperuntuk bagi mengecat dan memperbaiki fasiliti pangsapuri kos rendah serta sederhana melebihi 15 tahun.

RM14 juta diperuntuk dengan RM250,000 bagi setiap 56 DUN.

 


Pengarang :