Skuad bola keranjang wanita Selangor ketika Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) 2017 di SJKC Jenjarom, Kuala Langat pada 20 Julai 2017. Foto Facebook MSN Selangor
AGENDASUKANKINI

Skuad bola keranjang wanita Selangor dominasi perlawanan

KUCHING, 16 OGOS: Skuad bola keranjang wanita Selangor bermula garang pada aksi pertama di Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini hari ini.

Selangor ternyata unggul mendominasi perlawanan, menewaskan Wilayah Persekutuan 80-41 dalam saingan liga sepusingan.

Juara bertahan Negeri Sembilan meneruskan momentum kemenangan dengan menundukkan Sabah 88-48 manakala tuan rumah mengatasi Melaka 65-58.

Sementara itu, dalam saingan Kumpulan A, skuad lelaki Selangor mengejutkan juara bertahan Negeri Sembilan 71-68 manakala Melaka mengecewakan Pulau Pinang 96-81.

Aksi Kumpulan B menyaksikan Johor menang bergaya 79-49 mengatasi Wilayah Persekutuan.

Acara bola keranjang dijadual berlangsung hingga 24 Ogos ini.

-BERNAMA


Pengarang :