Sekitar majlis penutup Sesi Libat Urus Ahli Mediator Komuniti Bersama Agensi peringkat Negeri Selangor 2024 di Pusat Konvensyen Midlands Shah Alam pada 18 Ogos 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR
EXCOSELANGOR

Kerajaan Negeri edar 60,000 Jalur Gemilang kepada PBT

SHAH ALAM, 19 OGOS: Kerajaan Negeri mengedar 60,000 Jalur Gemilang kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan.

EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail berkata bendera itu akan diedarkan kepada masyarakat dengan setiap PBT masing-masing menerima 5,000 Jalur Gemilang.

“Kita edarkan 5,000 bendera Malaysia kepada setiap PBT dan daerah bagi memastikan setiap premis mengibarkan Jalur Gemilang di tempat mereka sekali gus menyemarakkan semangat patriotik.

“Saya juga melihat sudah banyak premis dan syarikat menjalankan aktiviti sempena bulan kemerdekaan. Kita memang galakkan mereka mengadakan program sebegitu,” katanya kepada pemberita.

EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Datuk Rizam Ismail bersama peserta pada majlis penutup Libat Urus Ahli Mediator Komuniti Bersama Agensi peringkat Negeri Selangor 2024 di Pusat Konvensyen Midlands Shah Alam pada 18 Ogos 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Terdahulu, Rizam menyempurnakan perasmian Sesi Libat Urus Ahli Mediator Komuniti Bersama Agensi dan penyerahan watikah pelantikan di Pusat Konvesyen Midlands di sini.

Kempen Kibar Jalur Gemilang 2024 dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 21 Julai lalu untuk menyuburkan semangat patriotisme serta cintakan negara dalam kalangan rakyat.

Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bertemakan ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka,’ dijadual berlangsung di Putrajaya pada 31 Ogos, manakala sambutan Hari Malaysia akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.


Pengarang :