KUCHING, 19 OGOS: Pelari pecut Selangor, Nur Afrina Batrisyia Mohd Rizal mencipta kejayaan berganda dalam acara 100 meter (m) wanita akhir petang ini.
Selain menepati ramalan rangkul pingat emas, Nur Afrina turut memecahkan rekod temasya menerusi catatan masa 11:64 saat.
Altlet berusia 19 tahun itu perbaiki rekod dicipta Siti Fatimah dari Johor yang membuat 11.82 saat ketika edisi 2008 di Terengganu.
Nur Afrina menyumbang emas kelapan kepada negeri bagi acara 100m pada perlawanan di Stadium Sarawak, Petra Jaya.