AGENDAJENAYAH

Dua mayat wanita ditemukan tertiarap, terlentang dalam longkang

ALOR SETAR, 19 OGOS: Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim di sini, hari ini.

Mayat kedua-dua mangsa yang dipercayai mempunyai pertalian keluarga itu, ditemukan dalam keadaan tertiarap dan terlentang dengan terdapat kesan kecederaan teruk pada salah seorang mangsa.

Tinjauan di lokasi mendapati, pasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Unit Anjing Pengesan (K-9), sedang melakukan siasatan lanjut.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad mengesahkan penemuan mayat itu dan maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan dimaklumkan kemudian.

– BERNAMA


Pengarang :