AGENDAJENAYAH

Lelaki warga asing direman tujuh hari bantu kes bunuh dua beranak

ALOR SETAR, 20 OGOS: Lelaki warga asing direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita dan anak perempuannya, semalam.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali bermula hari ini hingga 26 Ogos bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lelaki warga asing berusia 43 tahun itu ditahan di sebuah masjid di Bukit Pinang di sini 9 malam tadi susulan penemuan dua mayat dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, di sini.

Mangsa iaitu wanita berusia 34 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ditemui orang awam sebelum bertindak menghubungi polis pada 5.04 petang semalam.

Kedua-dua mayat warga asing itu lengkap berpakaian dalam keadaan tertiarap dan terlentang berdekatan antara satu sama lain dengan kesan kelar pada leher.

– BERNAMA


Pengarang :