Pasukan renang Selangor dibarisi Khar Chuan Teoh (kiri), Andrew Goh Zheng Yen (kanan), Shun Qi Lim (dua, kiri), Zi Xian Khew (dua, kanan) meraih emas acara 4×100 meter (m) rampaian campuran di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya pada 20 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
AGENDASUKANKINI

SUKMA Hari Ke-9: Selangor kutip 78 pingat, kedudukan keempat

SHAH ALAM, 20 OGOS: Selangor kekal di tangga keempat Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dengan 19 emas, 33 perak dan 26 gangsa setakat malam ini.

Atlet pecut Nur Afrina Batrisya Mohamad Rizal mempamerkan aksi cemerlang apabila mengutip emas serta memecah rekod kejohanan acara 200 meter (m). Semalam beliau memecahkan rekod SUKMA acara 100m. Selangor turut mengutip emas olahraga menerusi Lie Yee Teng dalam acara 100m lari berpagar wanita.

Acara renang pula menyumbang dua emas menerusi acara 100m gaya bebas wanita dan 4×100 rampaian campuran. Selangor juga meraih emas badminton berpasukan dan silambam acara thanitiramai stick lelaki.

Esok, Selangor menyasarkan emas acara akuatik, olahraga, eGames dan badminton.

EXCO Sukan Najwan Halimi berkata banyak acara mempunyai prospek emas buat kontinjen negeri akan berlangsung dalam tempoh beberapa hari sebelum temasya dwitahunan itu melabuhkan tirai.

“Mudah-mudahan mereka dapat tingkatkan usaha untuk menambah baik prestasi sepanjang seminggu ini. Kita berfikiran positif dan optimis capai 61 emas seperti diunjurkan,” katanya pada 18 Ogos.

 


Pengarang :