Selepas Bazar Ditutup, Kini Peniaga Reko Sentral Kajang Pula Terjejas

bazar ramadan reko sentral lori MPKj 004

KAJANG, 13 JULAI: Tindakan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk menutup sebuah bazar Ramadan di pusat perniagaan Reko Sentral Kajang mendatangkan masalah yang tidak dijangkakan untuk operator kedai situ.

Di samping membatalkan permit bagi bazar itu, penguatkuasa MPKj telah menutup Jalan Reko Sentral 2 bagi memastikan penjaja tidak dapat mendirikan gerai mereka dan menghalang sebarang usaha untuk menghidupkan kembali bazar itu.

bazar ramadan reko sentral lori MPKj 002Akan tetapi, penutupan jalan itu telah mengakibatkan jualan kedai di situ merosot kerana jalan itu merupakan akses utama pelanggan kepada kedai mereka.

Permit karnival perniagaan anjuran Persatuan Penduduk Langat Jaya sebelum ini dibatalkan MPKj ekoran aduan pemilik kedai, kesesakan lalulintas dan mengelak daripada perselisihan faham antara pemilik kedai dan penganjur bazar.

bazar ramadan reko sentral lori MPKj 003Tetapi menurut beberapa pemilik kedai, tindakan menutup jalan terbabit menyebabkan peniagaan mereka terpaksa menanggung kerugian yang teruk.

“Tak setuju langsung, bila ditutup jalan depan, bukan kedai saya sahaja, restoran depan, kedai sebelah pun cakap macam itu.

“Pada waktu malam mereka buka, mereka beritahu saya, ‘bisnes’ tak ada, jalan macam padang jarang pandang terkukur, kosong sahaja,” ujar peniaga barangan kesihatan dan kecantikan, Azian Eka Puteri kepada TV Selangor petang semalam.

Menurut Azian kemerosotan perniagaannya mula berlaku sejak MPKj menutup jalan beberapa hari sebelum menjelang Ramadhan baru-baru ini.

Selain itu menurut Azian, penutupan jalan tersebut turut menyebabkan suasana di pasaraya Econsave berhampiran juga sangat lengang berbanding sebelumnya.

Ketika mengulas pembatalan Karnival Bazar Ramadhan tersebut, Azian berkata kewujudan karnival terbabit sekurang-kurangnya mampu menjadi salah satu daya tarikan orang ramai ke kawasan perniagaan tersebut.

bazar ramadan reko sentral lori MPKj 001“Kalau dia batalkan Karnival Ramadhan itu sekalipun, jalan depan itu mesti dibuka,” kata beliau lagi.
Pada 11 Julai, Pegawai Korporat Dan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Kamarul Izlan Sulaiman berkata pihaknya memutuskan untuk menutup bazar Ramadan itu setelah mendapat aduan daripada operator kedai di situ.

Pengusaha kedai pakaian, Cheng Pet Sze pula memberitahu, perniagaannya mula terjejas sehinggakan pernah suatu hari beliau tidak mendapat seorang pun pelanggan.

“Kalau jalan ini ditutup, kenderaan tak lalu, orang tak nampak kedai kita,” kata Pet Sze.

Tinjauan krew TV Selangor di Reko Sentral Kajang semalam mendapati Jalan Reko Sentral 2 ditutup di kedua-dua arah dengan dirintangi tali keselamatan dan lori MPKj.

Beberapa kakitangan penguatkuasa MPKj juga didapati turut berada dilokasi terbabit bagi memastikan Karnival Bazar Ramadhan tidak dijalankan di kawasan itu.

Kawasan deretan premis perniagaan dan kawasan meletak kenderaan di Reko Sentral Kajang pula kelihatan sangat lengang.

Seorang lagi pemilik kedai pakaian, Ain Idayu Che Husin menggesa agar MPKj membuka semula Jalan Reko Sentral 2 bagi membolehkan kenderaan memasuki kawasan perniagaan di situ.

Menurutnya lagi, keputusan MPKj menutup Jalan Reko Sentral 2 kepada lalulintas tidak membantu para pemilik kedai Reko Sentral Kajang.


Pengarang :