EKONOMIRinggit

Ringgit kukuh pagi ini

SHAH ALAM, 24 JAN: Ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), pagi ini ekoran kelemahan berterusan dolar, kata peniaga.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama lain, lapor BERNAMA.

Ia susut berbanding euro kepada 4.8184/8228 daripada 4.8026/8079 penutup Selasa dan turun berbanding dolar Singapura kepada 2.9749/9790 daripada 2.9737/9771.

Ringgit susut berbanding yen kepada 3.5541/5571 daripada 3.5466/5499 dan lebih lemah berbanding pound British kepada 5.4876/4925 daripada 5.4738/4788.


Pengarang :