EKONOMINASIONAL

Momentum Bursa Malaysia meningkat

SHAH ALAM, 24 JAN: Saham di Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi dengan mendapat sokongan belian sederhana dan sejajar arah aliran serantau, kata peniaga.

Pada jam 9.02 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,838.09, naik 0.50 mata daripada 1,838.04 penutup Selasa.

Ia dibuka 0.08 mata lebih tinggi pada 1,838.12.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 200 berbanding 97, manakala 225 tidak berubah, 1,339 tidak didagangkan dan 33 yang lain digantung.

Sejumlah 148.26 juta saham bertukar tangan bernilai RM63.31 juta.

Peniaga berkata, beliau menjangka Bursa Malaysia, bersama-sama pasaran Asia lain akan terus meningkat momentum, sementara mengambil petunjuk daripada keyakinan pasaran Amerika Syarkat (AS).

“Semalam FBM KLCI naik 4.89 mata (0.27 peratus) kepada 1,838.04 dan kami harap momentum positif ini berterusan. Sebarang kelemahan terdekat dijangka bersifat sementara,” katanya.

Dalam kalangan kaunter utama, Maybank naik satu sen kepada RM9.90, Tenaga naik dua sen kepada RM15.88, Public Bank susut dua sen kepada RM20.94, dan Petronas Chemicals susut satu sen pada RM8.02.

Dalam kalangan kaunter aktif, Sumatec Resources dan Sino Hua-An menambah setengah sen setiap satu masing-masing kepada 11 sen dan 61 sen.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :