SUKANKINI

Jaringan minit akhir Hilal El-Helwe kecewakan Harimau Malaya

OLEH AFIX REDZUAN

LEBANON, 28 MAC: Hasrat Malaysia untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata lebur selepas tewas kepada Lebanon 2-1 dalam aksi terakhir Kelayakan Piala Asia Kumpulan B di Camille Chamoun Sports City Stadium, awal pagi tadi.

Lebanon terlebih dahulu di hadapan menerusi Hassan Maatouk pada minit ke-19 selepas beliau berjaya menyempurnakan sepakan penalti bagi meletakkan tuan rumah dihadapan sehingga penghujung babak pertama.

Masuk babak kedua, Harimau Malaya memperkemaskan mutu permainan dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan Muhammad Syafiq Ahmad hasil satu sepakan penjuru pada minit ke-72.

Masuk minit ke-87, Lebanon hampir kembali di hadapan 2-1 tetapi jaringan tuan rumah dibatalkan kerana offside.

Ketika perlawanan seakan-akan berakhir dengan keputusan seri, Hilal El-Helwe muncul wira tuan rumah apabila berjaya melepaskan rembatan kencang pada minit keempat masa tambahan babak kedua untuk menewaskan Hafizul Hakim bagi memastikan Lebanon mengutip tiga mata penuh.

Keputusan itu meletakkan Lebanon sebagai juara Kumpulan B dengan 16 mata sementara Malaysia kekal di tangga terbawah dengan satu mata.

Kredit Foto: FB FAM


Pengarang :