C0000661 Dr John Sulston purifying DNA Credit: Wellcome Library, London. Wellcome Images [email protected] http://wellcomeimages.org Dr John Sulston, former director of Sanger Centre, Wellcome Trust Genome Campus, Hinxton. Working in laboratory to purify DNA. Published: – Copyrighted work available under Creative Commons by-nc-nd 4.0, see http://wellcomeimages.org/indexplus/page/Prices.html
GLOBAL

Saintis ‘genome’ meninggal dunia

LONDON, 11 MAC: Saintis Britain, John Sulston yang berjaya merungkai misteri genome manusia  meninggal dunia pada usia 75 tahun, kelmarin.

Sulston yang juga pemenang Hadiah Nobel amat terkenal menerusi sumbangan dalam projek antarabangsa membabitkan pemetaan genome manusia dan inisiatif untuk menyimpan data itu secara umum bagi memudahkan ia diguna pakai.

Mendiang juga mengasaskan penubuhan Institut Wellcome Sanger berhampiran Universiti Cambridge pada tahun 2002 yang kini tampil sebagai peneraju penyelidikan genome. – AFP


Pengarang :