NASIONAL

Pelawak Accapan meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 14 SEPT: Pelakon dan pelawak terkenal, Accapan meninggal dunia awal pagi ini, di rumahnya ekoran kegagalan buah pinggang.

Anak bongsu mendiang, Yhuveneshwary Samynathan berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir, pada jam 2.43 pagi, di hadapan keluarga.

Katanya, upacara penghormatan terakhir akan dilakukan di rumahnya kira-kira jam 3 petang ini di Taman Puchong Utama, Selangor.

Accapan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinam, 63, meninggalkan seorang isteri Yogeswari Subramaniam,53, dan tiga anak Vikneshwaran Samynathan, 31, Dhineshwaran Samynathan, 28, dan Yhuveneshwary, 24 tahun.

Antara sitkom popular beliau ialah ‘Santan Berlada’, pada tahun 80-an bersama Ali Mamak dan Khairul Azhar.

 


Pengarang :