NASIONAL

Rafizi tetap ada peranan dalam KEADILAN

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 16 NOV: Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sedia bekerjasama dengan lawannya, Rafizi Ramli, pada Pemilihan KEADILAN 2018.

Beliau berkata, Rafizi turut mempunyai peranannya dalam usaha memantapkan parti sebelum menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.

“Saya percaya rakan saya saudara Rafizi ada peranannya dalam parti kerana beliau sudah bersama parti banyak tahun.

“Kami akan bincang (peranannya), dia ada kekuatan, pengetahuan baik berkenaan kepayahan perjuangan parti, banyak menyumbang kepada parti dan parti memerlukan setiap satu sumbangan serta partisipasi Rafizi juga anggota lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kongres Angkatan Muda KEADILAN dan Wanita, di IDCC di sini, malam tadi.

Beliau turut menyeru ahli parti supaya bersatu selepas menjalani proses Pemilihan KEADILAN 2018.


Pengarang :