SELANGOR

Selangor selesai lantik Majlis Pimpinan KEADILAN penggal 2018-2021

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 14 JAN : Selangor selesai melantik Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor bagi penggal 2018-2021.

Pengerusinya, Amirudin Shari berkata, ia adalah hasil perbincangan bersama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

“Selepas melakukan beberapa siri perbincangan dengan pimpinan KEADILAN termasuk Dato’ Seri Timbalan Presiden dan Dato’ Seri Presiden, saya sudah memutuskan senarai lantikan Majlis Pimpinan Selangor bagi penggal 2018-2021.

“Saya berharap supaya ahli Majlis Pimpinan Selangor yang dilantik dapat melaksanakan tanggungjawab diamanahkan dan maju bersama untuk menjayakan agenda demi kemaslahatan rakyat Selangor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain Amirudin selaku Pengerusi KEADILAN Selangor, Timbalan Pengerusi turut disandang oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, Hee Loy Sian.

Manakala, Naib Pengerusi 1 disandang oleh ADN Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah; Naib Pengerusi 2 (Shathis Kumar) dan Naib Pengerusi 3 (Senator Dr Yaakob Sapari).

Selain itu, Radzlan Jalaludin dilantik sebagai Setiausaha; Zakaria Abd Rahim (Setiausaha Pengelola) dan Lee Chin Cheh (Bendahari).

Sementara itu, ADN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong selaku Ketua Penerangan; Yahya Shaari (Pengarah Jentera Pilihanraya Negeri); Datuk Khalid Jaafar (Pengarah Strategik); Saifuddin Shafi Muhammad (Pengarah Komunikasi).

Jawatan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Selangor pula disandang ADN Kota Anggerik, Najwan Halimi manakala, ADN Sementa, Dr Daroyah Alwi sebagai Ketua Wanita.

Seramai lima ahli lantikan disandang ADN Lembah Jaya, Haniza Talha; ADN Batu Tiga, Rodziah Ismail; ADN Gombak Setia, Hilman Idham; Talib Bujang dan Fauzi Ahmad.


Pengarang :