LZS menghulur bantuan kecemasan kepada seorang wanita yang koma akibat kemalangan dan terlantar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 30 Disember 2019. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

LZS bantu wanita terlantar akibat kemalangan

SHAH ALAM, 31 DIS: Kesengsaraan seorang wanita yang koma hampir sebulan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat kemalangan sedikit terbela apabila mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Bagi meringankan beban mangsa berusia 42 tahun itu, LZS menghulurkan bantuan kecemasan berbentuk wang ringgit. Wanita malang itu dijaga anak lelakinya yang berusia 22 tahun.

LZS memaklumkan, wanita terbabit sudah sedar tetapi terpaksa bergantung kepada bekalan susu buat masa ini.

Menerusi hantaran di Facebook semalam LZS berkata, anak-beranak itu hidup dalam keadaan tertekan kerana bukan sahaja perlu menanggung perbelanjaan harian tetapi juga perlu membayar sewa rumah RM800 sebulan.

“Mereka mengadu dan memohon bantuan daripada kita dan LZS Kuala Langat segera membuat siasatan dengan menziarahi wanita itu di hospital.

“Siasatan mendapati kedua-dua beranak itu layak menerima bantuan, manakala bantuan lain seperti perubatan akan dipertimbangkan mengikut keperluan dari masa ke masa,” katanya.


Pengarang :