Pejalan kaki berjalan sambil memakai topeng pelindung muka bagi mencegah virus Covid-19 di Tehran, Iran pada 10 Mac 2020. Foto AFP
AGENDANASIONAL

Covid-19: Korban di Iran hampir 300 orang

KAHERAH, 11 MAC: Jumlah korban akibat Covid-19 di Iran meningkat kepada 291 orang pada Selasa, manakala Lubnan dan Maghribi mencatatkan kes kematian pertama, lapor agensi berita Xinhua.

Kementerian Kesihatan dan Pendidikan Perubatan Iran melaporkan 881 kes baharu dengan 54 lagi kematian. Setakat ini, sejumlah 8,042 orang dijangkiti dan 2,731 pulih, sejak kes pertama dikesan pada 19 Februari.

Di Beirut, Menteri Kesihatan Hamad Hassan mengumumkan kematian pertama melibatkan individu yang tiba dari Mesir beberapa hari lalu.

Di Rabat, Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata seorang wanita berusia 89 tahun meninggal dunia di Casablanca, menjadikan ia kes kematian pertama.

Kementerian Kesihatan dan Pencegahan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pula melaporkan 15 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan sebanyak 74.

Kes baharu turut dilaporkan di Itali iaitu sebanyak tiga kes, masing-masing dua di UAE, Britain, Sri Lanka dan India manakala empat kes di Jerman, Tanzania, Afrika Selatan dan Iran.

– BERNAMA


Pengarang :