AGENSISELANGOR

MBI agih makanan kepada pelajar semua universiti Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 23 MAC: Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor menerusi inisiatif Bisnes Amal membekalkan makanan percuma kepada mahasiswa di semua universiti di bawah Kerajaan Negeri.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program di bawah inisiatif Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid-19 membabitkan pengagihan bungkusan makanan di Universiti Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) dan Kolej Antarabangsa INPENS.

Jumaat lalu, Amirudin mengumumkan peruntukan RM2.3 juta bagi meringankan beban mahasiswa di Selangor serta anak Selangor yang menuntut di Sabah dan Sarawak.

Mahasiswa di Sabah dan Sarawak akan menerima bantuan RM200 setiap seorang.


Pengarang :