Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

KKM mohon doktor, jururawat bersara kembali berkhidmat

SHAH ALAM, 23 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia memohon doktor dan jururawat yang bersara untuk kembali berkhidmat dalam usaha memantapkan barisan hadapan semasa berdepan pandemik Covid-19, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka menyasarkan untuk mencapai 2,000 tenaga kerja mahir untuk membantu kementerian, lapor MalaysiaKini.

“Kami dalam proses meningkatkan sumber manusia, termasuk jururawat dan doktor.

“Apa yang penting sekarang, kami mahukan mereka yang sudah mempunyai pengalaman seperti jururawat dan pakar yang telah bersara. Mereka boleh membantu kami.

“Kami juga dalam proses meningkatkan peralatan,” katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan semasa Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, kementerian sedang berusaha mendaftar dan menemu bual sukarelawan untuk mengetahui di mana mereka pernah berkhidmat sebelum ini.


Pengarang :