SHAH ALAM, 2 APRIL: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan empat pesakit positif Covid-19 tidak mengalami sebarang gejala dikesan pada Januari lalu, kata ketua pengarah kesihatan.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya menasihatkan individu yang mempunyai kontak dengan pesakit positif Covid-19 untuk menjalankan ujian saringan.
“Kita sudah kesan, mereka yang tidak bergejala juga boleh dijangkiti Covid-19.
“Empat pesakit tidak bergejala itu dikuarantin dan diasingkan di Hospital Sungai Buloh,” katanya pada sidang media hari ini.
Antara gejala Covid-19 ialah demam, batuk, sakit tekak serta sesak nafas.