AGENDANASIONAL

PLUS sumbang alatan perubatan RM1.2 juta kepada HKL, HSB

SHAH ALAM, 7 APRIL: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyumbangkan peralatan perlindungan diri (PPE) dan alat perubatan, kesemuanya bernilai RM1.2 juta kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Sungai Buloh (HSB) yang mengendalikan wabak Covid-19.

Pengarah Urusannya, Datuk Azman Ismail berkata pihaknya membeli peralatan tersebut terus daripada pembekal sebelum menyelaraskan penghantaran ke kedua-dua hospital itu.

“Kami berharap bantuan kepada HKL dan HSB berjaya meningkatkan kadar pemulihan pesakit Covid-19,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah HKL, Datuk Dr Heric Corray berkata sumbangan peralatan bernilai RM938,000 diterimanya dapat membantu pihaknya memastikan keselamatan kakitangan perubatan di Pusat Saringan dan Wad Covid-19.

Pengarah HSB, Dr Kuldip Kaur pula berkata pihaknya mengalu-alukan bantuan PLUS dalam usaha pihaknya mengatasi pandemik yang membimbangkan seluruh rakyat negara ini.


Pengarang :