AGENSISELANGOR

Mais beroperasi semula seperti biasa mulai Isnin

SHAH ALAM, 13 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) kembali beroperasi seperti sedia kala mulai Isnin ini.

Agensi agama negeri itu dalam kenyataan memaklumkan waktu urusan bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Manakala, waktu rehat pada jam 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang (Isnin-Khamis) dan 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang (Jumaat).

“Mais amat menghargai sokongan dan mengalu-alukan kedatangan orang ramai yang ingin menyelesaikan pelbagai urusan bersama kami,” katanya menerusi Facebook.

Untuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan Mais, boleh melayari laman sesawang www.mais.gov.my


Pengarang :