Petugas kesihatan meletakkan sampel calitan di dalam tiub selepas membuat ujian saringan Covid-19 di Gombak pada 22 April 2020. Foto AFP
AGENSISELANGOR

Selangor catat satu angka kes Covid-19 lapan hari berturut-turut

SHAH ALAM, 28 JUN: Kes harian Covid-19 di negeri ini mencatat satu angka selama lapan hari berturut-turut sejak 21 Jun, kata Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

STFC berkata dengan pertambahan lima kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Selangor adalah 2,044 kes.

“Keberkesanan norma baharu dalam melandaikan keluk tampak terbukti dengan kes baharu berdigit tunggal selama lapan hari berturut-turut.

“Teruskan berdisiplin supaya virus Covid-19 ini dapat dikekang sepenuhnya,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Malaysia merekodkan 18 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kes aktif 195.

Sebanyak 14 kes melibatkan penularan tempatan dalam kalangan warga asing manakala empat adalah kes import.


Pengarang :