Tiga sahabat (dari kiri) Nurul Izzah Latiffi, Faranafisha Ahmad Jani dan Aida Imannurshafiqah Abdullah berhari raya di sekitar rumah mereka pada 24 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Terus amal penjarakan sosial ketika ziarah saudara-mara

SHAH ALAM, 13 JUN: Masyarakat dinasihatkan terus mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan ketika berkunjung ke rumah saudara-mara selepas kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kawalan kendiri penting bagi setiap individu kerana warga emas dan kanak-kanak merupakan golongan berisiko mendapat jangkitan Covid-19.

“Kalau boleh tidak perlu ramai dalam satu rumah. Seperti yang saya sebutkan lebih ramai di rumah dalam keadaan tertutup ia lebih membahayakan,” katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini Majlis Keselamatan Negara (MKN) hanya membenarkan aktiviti rentas daerah pada hari pertama raya Aidilfitri dan terhad kepada 20 orang pada satu masa.

Bagaimanapun kelonggaran diberikan untuk semua rakyat Malaysia melakukan perjalanan pulang ke kampung dalam tempoh PKPP bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos.


Pengarang :