Pengunjung menjamu selera di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Plaza Tol Awan Besar, Kuala Lumpur pada 10 Jun 2020 selepas gerai makanan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDAAGENSIBERITA UTAMANASIONALSELANGOR

Kekal sembilan kes aktif Covid-19 di Selangor, Sepang tertinggi

SHAH ALAM, 5 JULAI: Jumlah zon aktif Covid-19 di Selangor kekal seperti semalam dengan sembilan kes dicatatkan hari ini.

Pasukan Petugas Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan daerah Sepang masih merekodkan kes tertinggi iaitu empat diikuti Petaling (dua) manakala satu kes masing-masing di Gombak, Klang dan Hulu Selangor.

“Kes aktif di Selangor juga masih di bawah paras dua digit,” katanya menerusi Twitter.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, 51 mukim berada di zon hijau, lima zon kuning dan sifar merah.

Semua dua kes baharu dicatatkan di Selangor hari ini membabitkan jangkitan dari luar negara.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kes kumulatif di negeri ini adalah 2,060 dan 150 kes keseluruhan jangkitan luar negara.


Pengarang :