Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (tengah) mengadakan sidang media berkaitan perkembangan penularan wabak Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 13 Ogos 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Tujuh kes baharu, 26 pesakit pulih

SHAH ALAM, 18 OGOS: Kes baharu Covid-19 mencatatkan tujuh kes hari ini, sekali gus turun kepada satu angka berbanding dua angka semalam dengan 12 kes, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, tiga adalah kes tempatan membabitkan warganegara Malaysia manakala empat lagi adalah kes import.

“Penularan tempatan membabitkan dua kes dari Kluster Sala dan satu dari Kluster Tawar.

“Sementara bagi kes import dari luar negara, dua kes membabitkan warganegara dan dua lagi bukan warganegara,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata jumlah kes keseluruhan adalah 9,219 kes dengan 192 kes aktif kebolehjangkitan sementara 26 individu disahkan sembuh dan dibenarkan pulang menjadikan jumlah kes sembuh setakat ini 8,902 kes.

Dalam pada itu Dr Noor Hisham berkata lapan kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua memerlukan bantuan pernafasan serta tiada tambahan kes kematian dengan jumlah keseluruhan kekal 125 kes.


Pengarang :