Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari memberi rumusan Sindiket 1E : Industri Kreatif dan ucapan penutup ketika sesi Dialog Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2021 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 7 September 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hukuman berat pesalah pencemaran air perlu dibincang

SHAH ALAM, 7 SEPT: Hukuman berat ke atas pesalah pencemaran air perlu dibincang antara Kerajaan Selangor dan Persekutuan.

Dato’ Menteri Besar berkata kuasa dimiliki negeri terhad kepada Enakmen Lembaga Urus Alam Sekitar (Luas) 1999, berbeza dengan Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling termasuk pendakwaan Jabatan Peguam Negara.

“Sebagai contoh kes pencemaran April lalu. Kita buat siasatan tetapi tindakan tidak diambil jabatan peguam.

“Pendakwaan bukan bawah kuasa kita dan kita hanya kumpul bukti siasatan. Saya tak nak tuding jari tetapi ini pengajaran,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucaptama Dialog Belanjawan 2021 di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.

Beliau mengharapkan kerjasama baik Kerajaan Persekutuan supaya semua pihak tidak mendapat kesan buruk.

“Saya sekarang sedang fokus bagaimana pemantauan dan penguatkuasaan lebih tegas dapat dilakukan di kawasan terbabit,” katanya.

Kelmarin Amirudin memaklumkan pindaan enakmen Luas meningkatkan denda kepada RM1 juta daripada RM500,000 bakal dibentang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bersidang Oktober dan November depan.


Pengarang :