Orang ramai menggunakan pelitup muka di tempat awam bagi mengawal penularan Covid-19 ketika tinjauan di sekitar Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Covid-19: Petaling rekod tujuh kes baharu, paling banyak di Selangor

SHAH ALAM, 1 OKT: Daerah Petaling merekodkan kes Covid-19 paling tinggi hari ini apabila mencatatkan tujuh kes baharu daripada 13 kes keseluruhan di Selangor.

Menurut Bilik Gerakan Negeri Selangor kesemuanya membabitkan saringan pulang dari Sabah dengan empat di mukim Damansara, dua Sungai Buloh dan satu di Petaling.

Ia disusuli Klang dengan lima kes iaitu tiga kes saringan kontak rapat kluster Jalan Meru, Klang dan dua saringan pulang dari Sabah di mukim Klang.

Sementara itu hanya satu kes dikesan di Sepang iaitu pesakit dalam pemantauan (PUS) di mukim Dengkil.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) pula memaklumkan kes baharu menunjukkan peningkatan berbanding semalam menjadikan jumlah keseluruhan iaitu 2,284 kes.

Malaysia merekodkan 260 kes baharu hari ini sekali gus mencatatkan jumlah kes kedua tertinggi selepas 277 kes pada 4 Jun lalu.

 


Pengarang :