Pelajar memakai pelitup muka selepas pemerintah Indonesia membuka kembali sesi persekolahan dengan melaksanakan proses pembelajaran secara bersemuka di tengah kebimbangan penularan wabak Covid-19 di Bekasi, di pinggiran Jakarta, Indonesia pada 13 Julai 2020. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Jangkitan Covid-19 di Indonesia kini hampiri 400,000

JAKARTA, 26 OKT: Indonesia mencatatkan 3,222 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 392,934 kes, dengan jumlah pesakit yang sembuh 317,672.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, 170,163 lagi masih dalam pemantauan jangkitan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 112 lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 13,411 orang.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 101,897 dengan tambahan 906 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,683 orang, diikuti Jakarta (2,177), Jawa Tengah (1,689) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

– BERNAMA


Pengarang :