Anggota polis memeriksa surat kebenaran salah seorang pengguna jalan raya yang melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Persiaran Kota, Klang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan pada 14 Oktober 2020. Foto BERNAMA
SELANGOR

SOP PKPB mukim Klang terbatal – menteri

SHAH ALAM, 14 OKT: Tatacara operasi piawai (SOP) mukim Klang terbatal setelah Kerajaan Persekutuan melaksanakan  Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi seluruh Selangor yang bermula hari ini.

Ia diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya, petang tadi.

“Oleh kerana PKPB Selangor termasuk dalam mukim Klang, maka secara automatik SOP bagi kawasan itu (mukim Klang) terbatal,” katanya.


Pengarang :