Petugas kesihatan Selcare memasukkan sampel saringan Covid-19 ketika Program Ujian Antigen RTK Covid-19 anjuran DUN Kota Anggerik di Klinik Selcare, Shah Alam pada 22 Januari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Rawang tawar khidmat saringan Covid-19 serendah RM50

SHAH ALAM, 28 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang menawarkan perkhidmatan saringan Covid-19 serendah RM50 kepada penduduknya mulai 1 Februari ini.

Wakil rakyatnya, Chua Wei Kiat berkata saringan menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) dilakukan di Klinik Dr DV, Bandar Baru Rawang.

“Tujuan kita melaksanakan inisiatif ini adalah bagi membantu golongan yang tidak mampu melakukan saringan serta mengelak risiko jangkitan.

“Perkhidmatan itu dibuka setiap hari daripada jam 2 hingga 4 petang kecuali cuti umum. Kita mengalu-alukan orang ramai untuk ambil peluang ini dan bersama memerangi Covid-19,” katanya di Facebook.

Program saringan ini turut mendapat kerjasama Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen dan pertubuhan bukan kerajaan.


Pengarang :