Petugas Lembaga Zakat Selangor (LZS) menziarahi keluarga bayi lelaki yang menghidap penyakit tulang rapuh dan mudah patah sejak lahir di Kuala Selangor pada 25 Mac 2021. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

Bayi hidap penyakit tulang rapuh terima alat bantuan pernafasan

SHAH ALAM, 27 MAC: Seorang bayi lelaki yang menghidap penyakit tulang rapuh dan mudah patah sejak lahir menerima mesin pernafasan bateri.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkata Adam Mikhail yang diberi perhatian rapi dan pemantauan sepanjang masa memerlukan alat itu untuk kegunaan ke hospital.

“Zakat Selangor sebelum ini telah pun meluluskan bantuan perubatan bulanan seperti lampin dan susu khas untuk keperluan Adam.

“Semoga Adam dikurniakan kesembuhan dan keluarga beliau tabah menghadapi ketentuan Allah ini,” tulisnya di Facebook.

LZS menambah bantuan diserahkan ketika menziarahi keluarga berkenaan di Taman Senohong, Sungai Buloh Jeram, Kuala Selangor pada Khamis lalu.


Pengarang :