Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Serbaguna Seksyen 7, Bandar Baru Bangi pada 4 April 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Saringan Komuniti diteruskan pada waktu malam Ramadan

PUNCAK ALAM, 10 APRIL: Saringan Komuniti percuma anjuran Kerajaan Negeri akan diteruskan pada waktu malam dalam bulan Ramadan ini.

Pegawai Tadbir Hal Ehwal Komuniti Operasi Pasukan Khas Selangor Covid-19 (STFO) berkata saringan menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) akan memfokuskan penuntut institusi pengajian tinggi.

“Setakat ini kita pilih Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Shah Alam, Puncak Alam dan Sungai Buloh.

“Kita menyasarkan kira-kira 500 hingga 1,000 orang disaring namun sama ada hari minggu atau hari bekerja bergantung pada pihak pengurusan kampus,” kata Dr Nurul Solihin Nurul Hasnan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Saringan Komuniti di Dewan MDKS Sinar Alam, Fasa 2, di sini.

Orang ramai boleh mendaftar melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan guna fungsi saringan atau layari screening.selangkah.my

Kerajaan Negeri memperuntuk RM6 juta bagi meneruskan Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di seluruh negeri untuk membendung wabak.

Program yang menyasar penglibatan 50,000 penduduk negeri ini meliputi kawasan berkepadatan tinggi dan golongan berpendapatan rendah bagi meringankan beban mereka.

Seramai 4,352 individu terlibat dalam program saringan setakat Februari yang turut membabitkan 894 warga emas dari 32 pusat jagaan.


Pengarang :