Khairuddin Othman bercakap kepada media selepas majlis Penyerahan Makanan Tambahan Kepada Atlet dan Bekas Atlet Selangor pada 10 April 2021 di Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Kuala Lumpur pada 10 April 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDASUKANKINI

EXCO seru penganjur sukan patuh SOP

KUALA LUMPUR, 10 APRIL: Penganjur acara sukan diseru mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

EXCO generasi muda dan sukan berkata langkah itu bagi mengelakkan timbulnya ketegangan antara penganjur dan pihak berkuasa.

“Acara sukan mesti diteruskan dengan ruang lingkup yang diluluskan dan saya menyeru agar pihak penganjur kaji SOP bagi mengelak dikompaun.

“Bagaimanapun, saya memohon pihak berkuasa berunding secara teliti dengan penganjur sukan jika ia dilihat kecoh dan melanggar SOP,” kata Mohd Khairuddin Othman.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berhubung penganjur sukan permotoran dikompaun RM20,000 kerana didapati gagal memastikan penjarakan fizikal ketika menganjurkan perlumbaan drag di Litar Antarabangsa Sepang semalam.

Difahamkan penganjur telah mendapatkan permit bagi melaksanakan acara itu di litar berkenaan namun gagal memastikan pematuhan SOP.

 


Pengarang :